projekmmoBerita

‘Pinjamkan Hatiku’ bocor, penerbit ke balai

Filem 'Pinjamkan Hatiku' yang mula ditayang di pawagam pada 30 November 2017 'bocor' di Facebook. — Foto ihsan Facebook/Pinjamkan HatikuFilem 'Pinjamkan Hatiku' yang mula ditayang di pawagam pada 30 November 2017 'bocor' di Facebook. — Foto ihsan Facebook/Pinjamkan HatikuKUALA LUMPUR, 4 Dis — Filem Pinjamkan Hatiku lakonan Shaheizy Sam, Ayda Jebat dan Farid Kamil bocor di Facebook pada hari kedua tayangan.

Penerbit AuraWhite Global Sdn Bhd mengetahui perkara itu 2 Disember lalu selepas paparan disiar di Facebook sehari sebelumnya, lapor Sinar Online.

“Kami lambat sedikit untuk mendapat tahu kerana mereka menggunakan tajuk yang berlainan dan mereka rekod dua bahagian,” kata Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi.

Beliau bersama Yus Yusop, penerbit Nuansa Production, dan pengarah filem itu Osman Ali membuat aduan di balai polis Puchong Jaya hari ini.

Sedutan filem cinta itu ditonton 531 orang dan empat pemilik akaun berkongsinya. Filem tersebut mula ditayang di pawagam 30 November lalu.

Ia mengisahkan cinta tiga segi antara Laila Safitri (lakonan Ayda), Naufal (Shaheizy) dan doktor Hasnan (Farid). 

Laila berdepan dilema untuk memilih antara kawan lamanya Naufal atau Hasnan, doktor yang merawatnya kerana mereka saling melengkapi dan memerlukan.

Lagi Video di MMOTV