projekmmoBerita

Petrol tumpah disambar api, empat beranak melecur

Anggota bomba dan penyelamat Johor Bahru memadamkan kebakaran di sebuah kedai motosikal yang mengakibatan empat beranak melecur. ― Paparan skrin GoogleAnggota bomba dan penyelamat Johor Bahru memadamkan kebakaran di sebuah kedai motosikal yang mengakibatan empat beranak melecur. ― Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 10 Sept ― Empat beranak melecur disambar api akibat petrol tertumpah ketika mereka mengemas kedai motosikal milik keluarga itu.

Tempat simpanan petrol di kedai Jalan Tebrau tertumpah sebelum bahan api itu disambar api ketika seorang daripada mereka sedang membersihkannya, lapor Berita Harian.

Akibatnya, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun melecur kira-kira 20 peratus badan manakala kakaknya, 15, dan abangnya, 14, cedera di kaki dan tapak kaki.

“Kejadian menyebabkan kanak-kanak itu melecur pada kedua belah kaki hingga ke paras peha,” kata ketua operasi bomba dan penyelamat Johor Baru.

Saiful Bahri Safar berkata bapa mereka, 40, tidak cedera teruk tetapi mengalami sesak nafas dalam kejadian 7 malam.

Semua dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan.

Lagi Video di MMOTV