projekmmoBerita

Pertemuan tertutup Najib-Gerakan bincang PRU14

Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan kepimpinan Gerakan ketika hadir ke mesyuarat tertutup di Menara PGRM 14 Januari 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak bersalam dengan kepimpinan Gerakan ketika hadir ke mesyuarat tertutup di Menara PGRM 14 Januari 2018. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 14 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada kira-kira 10:30 pagi disambut Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Difahamkan, dalam pertemuan tertutup kira-kira sejam itu, Mah membentangkan mengenai strategi parti dalam menghadapi PRU14, disusuli amanat khas perdana menteri kepada kepimpinan parti.

Pada PRU13, Gerakan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Awal bulan ini, Gerakan buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14. — Bernama

Lagi Video di MMOTV