projekmmoBerita

Perhilitan: Bukan satu, mungkin tiga buaya di Pantai Lido

Seekor buaya dilihat sekumpulan pekerja di Pantai Lido, Johor Baru, 10 Februari 2018. ― Foto ihsan Facebook/ Mohd Fitri DawamSeekor buaya dilihat sekumpulan pekerja di Pantai Lido, Johor Baru, 10 Februari 2018. ― Foto ihsan Facebook/ Mohd Fitri DawamJOHOR BARU, 14 Feb — Ada dua atau tiga buaya di sekitar Pantai Lido, kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor.

Pengarahnya berkata kawasan tersebut adalah habitat semula jadi reptilia itu sejak berpuluh-puluh tahun lalu, lapor Harian Metro.

“Mengikut rekod kami, terdapat antara dua hingga tiga buaya di kawasan itu namun agak sukar dipastikan jumlah sebenar kerana ia jarang timbul dan sukar dikesan,” katanya.

Jamalun Nasir Ibrahim berkata Perhilitan juga tiada cadangan untuk menangkap atau memindahkan reptilia itu.

Walau buaya berkenaan tidak menyerang manusia, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat provokasi jika ternampak reptilia berkenaan.

“[...] sekiranya ternampak buaya itu pastikan anda berada di jarak selamat iaitu lebih 100 meter daripadanya,” kata beliau, menjangka usia reptilia yang dilihat muncul 11 Februari lalu, berusia 20 tahun.

“Selain itu, janganlah terlalu berani dan cuba merakam swafoto berlatarbelakangkan buaya itu dengan jarak yang dekat kerana kami tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.”

Seekor buaya sepanjang 6.5 meter yang sedang berjemur dikesan di Pantai Lido. Foto dan video buaya itu menular di media sosial.

Lagi Video di MMOTV