projekmmoBerita

Penyanyi tinggal seluar dalam, digoda wanita

Syamel (tengah) kehilangan beg pakaian dan digoda wanita ketika berada di China untuk persembahan sempena ABU TV Song Festival. — Foto ihsan Instagram/Syamel OfficialSyamel (tengah) kehilangan beg pakaian dan digoda wanita ketika berada di China untuk persembahan sempena ABU TV Song Festival. — Foto ihsan Instagram/Syamel OfficialSHAH ALAM, 14 Nov — Penyanyi Syamel ditimpa malang sewaktu menjejak kaki ke China apabila bagasi pakaiannya hilang dan hanya tinggal seluar dalam!

Mujur, beliau membawa beg galas ketika tiba di Chengdu pada 1 November lalu untuk persembahan sempena ABU TV Song Festival, lapor Utusan Online

“Nasib baik seluar dalam saya letak dalam beg galas yang sentiasa bersama saya,” katanya. “Sekurang-kurangnya pakaian dalam boleh ditukar.” 

 

 

Alhamdulillah. Tugas selesai 🤗 dah buat sehabis baik ❤️🌹Kalau yang tak sempat tengok boleh tengok dekat Youtube channel CGTN ya 😉 #abusongfestival #chengdu #lebihsempurna

A post shared by Official Account (@syamel_official) on

 

Lantaran beg itu tidak ditemui, naib juara Akademi Fantasia 2015 terpaksa membeli pakaian baru untuk berada di sana.

Syamel juga digoda seorang wanita kru produksi festival yang mahu mengikutnya pulang ke bilik hotel tetapi beliau menolak permintaan tersebut.

“Lagipun niat saya ke sana untuk mengembangkan karier seni, bukannya nak buat perkara bukan-bukan atau ingin menimbulkan sebarang masalah,” katanya.

Lagi Video di MMOTV