projekmmoBerita

Peniaga leka, pencuri bertudung larikan RM6,000

Paparan skrin video CCTV menunjukkan wanita bertudung dan berbaju kurung mengambil makanan selepas mencuri beg pinggang peniaga di Alor Setar, 8 November 2017. Paparan skrin video CCTV menunjukkan wanita bertudung dan berbaju kurung mengambil makanan selepas mencuri beg pinggang peniaga di Alor Setar, 8 November 2017. ALOR SETAR, 9 Nov — Tidak disangka-sangka, pelanggan bertudung yang sering berkunjung ke kedainya diam-diam sanggup mencuri RM6,000.

Peniaga berhampiran Kompleks Peruda di sini mencari-cari beg pinggangnya yang disimpan di dalam laci di bawah meja membungkus makanan, lapor Harian Metro.

Apabila melihat rakaman CCTV, barulah lelaki 57 tahun itu sedar wang itu telah diambil wanita berbaju merah jambu ketika mangsa sedang sibuk. 

Video rakaman insiden tersebut kini disebarkan di media sosial. Dengan jelas kelihatan wanita itu meraba beg lelaki itu dan menyorok di bawah begnya.

Ketua polis Kota Setar berkata ketika kejadian terdapat ramai pelanggan, justeru mangsa tidak sedar perbuatan wanita itu kira-kira 9.50 pagi semalam.

“Mangsa juga mengecam suspek kerana wanita itu kerap datang ke kedainya membeli makanan dengan menaiki kereta Perodua Myvi,” kata ACP Mohd Rozi Jidin.

Siasatan dibuat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis sedang menjejak suspek.

Lagi Video di MMOTV