projekmmoBerita

Penghuni bimbang, lubang benam dibiar ‘terbuka’

Sebahagian daripada beberapa rumah mewah tiga tingkat di Persiaran Tanjung Bungah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda awal pagi 5 November 2017. — Foto BernamaSebahagian daripada beberapa rumah mewah tiga tingkat di Persiaran Tanjung Bungah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda awal pagi 5 November 2017. — Foto BernamaGEORGE TOWN, 15 Nov ― Gabungan pertubuhan masyarakat, Citizens Awareness Chant (Chant) Group semalam menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan pemantauan sewajarnya mengenai runtuhan tembok penahan dan jalan di deretan baharu rumah-rumah di Taman Ratu, Tanjung Bungah di sini.

Penasihatnya Yan Lee mendakwa tiada langkah-langkah perlindungan diambil di kawasan itu sejak runtuhan tembok penahan telah mengakibatkan lubang benam selepas jalan menuju ke kawasan perumahan yang baru dibina itu runtuh pada awal pagi Ahad disebabkab hujan yang berterusan sejak Sabtu lalu (4 November).

"Tambak harus dibina bagi menghalang orang ramai daripada menghampiri kawasan tersebut. Saya berada di sana kelmarin dan mendapati tiada langkah-langkah keselamatan diambil.

"Orang awam yang memasuki kawasan itu boleh memanjat turun dan menyentuh tembok penahan. Itu sangat berbahaya.

"Tutup kawasan tembok penahan yang runtuh itu. Penghuni yang tinggal berhampiran kawasan tersebut amat bimbang mengenai keselamatan mereka,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Beliau berkata MBPP juga harus mengisytiharkan kedua-dua kondominium, Kondominium Surin dan Straits Regency, berhampiran kawasan itu selamat demi kepentingan keselamatan penduduk.

Yan Lee juga mempersoalkan mengapa MBPP mengisytiharkan kawasan tersebut selamat sedangkan pemeriksaan secara komprehensif dan langkah-langkah keselamatan tidak dilaksanakan.

"Mereka (MBPP) perlu membuat pemantauan dan menjalankan pemeriksaan di kedua-dua kondominium.

"Mereka juga harus menjalankan kerja-kerja mitigasi. Mereka perlu menjalankan semua kerja-kerja itu dalam masa 14 hari," katanya.

Beliau berkata pemaju projek Taman Ratu perlu mengkaji untuk mengambil perunding asing yang berpengalaman dalam bidang ini bagi memastikan projek ini berterusan dan menjamin keselamatan pekerja dan orang lain adalah diutamakan. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV