projekmmoBerita

Penganjur Kaamatan ‘Islamik’ jahil atau ada agenda, kata Pairin

Peserta Kaamatan ‘Islamik’ bertudung dan berlengan panjang warna hitam dan emas dalam satu acara di Papar, Sabah 6 Mei 2017.Peserta Kaamatan ‘Islamik’ bertudung dan berlengan panjang warna hitam dan emas dalam satu acara di Papar, Sabah 6 Mei 2017.KOTA KINABALU, 9 Mei ― Penganjur Kaamatan “Islamik” jahil tradisi pesta itu atau memiliki agenda untuk mengubahnya, kata Tan Sri Pairin Kitingan.

“Sama ada penganjurnya benar-benar tidak mengetahui niat suci Kaamatan seumpama kita sambut Hari Raya dan Tahun Baru Cina atau mereka memang menyimpan agenda khusus untuk menukar Kaamatan sepenuhnya kepada sesuatu yang sama sekali baru,” katanya. 

Pairin, tokoh ulung masyarakat Kadazandusun, membidas penganjur acara itu, dengan menegaskan Kaamatan satu sambutan kebudayaan dan bukannya keagamaan.

“Kaamatan adalah perayaan kebudayaan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan agama,” kata timbalan ketua menteri Sabah.

Kaamatan “Islamik” mengundang pertikaian apabila ia cuba dirayakan dengan mengikut landasan ajaran Islam.

Dalam acara di Papar hujung minggu lalu, pesertanya bertudung, berlengan panjang dalam pakaian longgar berwarna hitam dan emas.

Ia turut memasukkan, antaranya, majlis doa kesyukuran dalam bahasa Arab dan Dusun, pertandingan kecantikan “Momogun Muslim” dan sukan.

Pairin, yang digelar Huguon Siou masyarakat tersebut, berkata tema sambutan kali ini “Kaamatan Asas Perpaduan” jelas menggambarkan perayaan itu tidak mengira latar belakang, kaum dan agama.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV