projekmmoBerita

Pemuda MCA: Apa Dr M mahu graduan jual tubuh?

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan gagal menyediakan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran sehingga graduan menjual nasi lemak atau memandu Uber. — Foto oleh Miera Zulyana Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan gagal menyediakan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran sehingga graduan menjual nasi lemak atau memandu Uber. — Foto oleh Miera Zulyana KUALA LUMPUR, 18 Jan — Pemuda MCA membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikai graduan menjual nasi lemak dan memandu kereta Uber. 

Naib ketuanya Nicole Wong berkata mungkin bekas perdana menteri itu sendiri lupa pernah menjual pisang goreng ketika Perang Dunia Kedua.  

“Apakahkah Dr Mahathir lebih suka graduan [yang] menganggur menjadi mat rempit, pelacur dan gigolo, peragut dan penyamun bersenjata atau terlibat jenayah kolar putih?” katanya dalam satu kenyataan. 

Wong menggesa tokoh pembangkang itu tidak memperkecilkan lulusan universiti yang menjual nasi lemak atau memandu Uber sebagai sumber rezeki. 

Semalam Dr Mahathir berkata tiada apa yang perlu dibanggakan apabila graduan berbuat dua kerja itu kerana ia tidak sepadan dengan kelulusan mereka.

Tambahnya, dalam soal jawab di Facebook, dua kerja itu menunjukkan kurangnya kerja berpendapatan tinggi yang sepatutnya disediakan kerajaan.

“Jika kita mahu menjual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar bagaimana menjual nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu,” katanya.

Wong juga mempertikaikan anak-anak Dr Mahathir yang menguasai banyak syarikat besar sehingga dinamakan antara orang terkaya di Malaysia.. 

“Orang ramai tidak wajar dipersalahkan jika mereka persoal apakah anak-anak Dr Mahathir, yang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang sangat berjaya, berusaha sendiri atau kerana dipayung,” katanya. 

“Dr Mahathir mesti jujur pada diri sendiri dan bertanya sama ada beliau telah berjaya membasmi kemiskinan kota dan luar bandar ketika mentadbir.” 

* Baca seterusnya di Malay Mail.

Lagi Video di MMOTV