projekmmoBerita

Peminat obses perhatian, Wani Hasrita ada diugut bunuh

Penyanyi Wani Hasrita pernah diugut bunuh oleh peminat yang obses mendapatkan perhatiannya. — Foto ihsan Instagram/Wani HasritaPenyanyi Wani Hasrita pernah diugut bunuh oleh peminat yang obses mendapatkan perhatiannya. — Foto ihsan Instagram/Wani HasritaKUALA LUMPUR, 13 Dis — Peminat yang obses mahukan perhatian penyanyi Wani Hasrita di media sosial, pernah mengugut untuk membunuhnya, bulan lalu.

“Pada mulanya saya agak terkesan juga dengan kejadian ini dan cuba mencari apa salah yang telah saya lakukan sehingga dia bertindak sedemikian rupa.

“Namun selepas itu saya sedar dia hanya mahukan perhatian daripada saya dan bertindak begitu kerana saya tidak membalas komen-komen yang ditulisnya," kata beliau, lapor Sinar Harian.

Penyanyi Menahan Rindu, 24 tahun, enggan melayan individu tersebut dan biasanya memadam komen atau mesej yang keterlaluan.

“Jika perlu saya juga akan menyekat akses mereka ke akaun saya, tapi biasalah jika mereka ini memang mempunyai niat yang tidak baik, mereka akan muncul kembali dengan akaun palsu dengan tujuan yang sama,” katanya.

Lagi Video di MMOTV