projekmmoBerita

Pemimpin Umno maut lepas selamatkan anak dari api

Ruang tamu rumah timbalan ketua Umno cawangan Kuala Ibai terbakar, 11 Januari 2018.  — Foto ihsan Facebook/Kak TieRuang tamu rumah timbalan ketua Umno cawangan Kuala Ibai terbakar, 11 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Kak TieKUALA TERENGGANU, 11 Jan — Timbalan ketua Umno cawangan Kuala Ibai maut selepas menyelamatkan anaknya daripada kebakaran.

Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, menyelamatkan Mohd Aqil Harith, tiga tahun, selepas menyedari api di ruang tamu rumahnya jam 8 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Anak saudaranya bergegas ke rumah itu apabila terhidu bau asap jam 8.45 pagi dan mendapati Mohd Aqil menangis di dada mangsa yang terbaring di halaman.

“Saya sentuh dan cuba kejutkan mangsa tapi sudah tidak bergerak. Masa itu api marak, kaca tingkap pecah, banyak asap tebal.

“Saya dukung anaknya dan bawa ke rumah neneknya yang berhampiran rumah mangsa," kata Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfar, 18 tahun.

Pengarah bomba negeri berkata kebakaran dipadamkan dalam masa 10 minit selepas menerima panggilan jam 8.55 pagi.

Azlimin Mohd Noor berkata 50 peratus rumah mangsa di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai musnah. Punca kebakaran masih disiasat.

Lagi Video di MMOTV