projekmmoBerita

Pemandu maut treler rempuh muatan cerucuk konkrit

Bomba sedang mengeluarkan pemandu treler belakang yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas melanggar muatan tiang cerucuk konkrit di lebuh raya Elite dekat Seremban, 8 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Adinda QillaBomba sedang mengeluarkan pemandu treler belakang yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas melanggar muatan tiang cerucuk konkrit di lebuh raya Elite dekat Seremban, 8 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Adinda QillaSEREMBAN, 8 Dis ― Seorang pemandu treler maut di lokasi nahas setelah merempuh sebuah treler lain yang membawa muatan tiang cerucuk konkrit.

Muhammad Md Jidin, 27, cedera parah di badan setelah lorinya melanggar treler tersebut di lorong kecemasan lebuh raya jam 7 pagi tadi, lapor Utusan Online.

“Pihak bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” kata komander operasi bomba.

Khairullizal Abu Kassim juga berkata mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, di Kilometer 43.6 lebuh raya Elite, oleh pegawai perubatan klinik kesihatan.

Pemandu treler hadapan Zahari Mamat, 47, tidak mengalami kecederaan.

Lagi Video di MMOTV