projekmmoBerita

Pemandu berang, anggota MPK ‘dihamun’ disiasat

Paparan skrin video menunjukkan lelaki berbaju putih sedang bertekak dengan beberapa anggota penguatkuasa MPK, 13 Disember 2017. — Video ihsan Facebook/MediakuPaparan skrin video menunjukkan lelaki berbaju putih sedang bertekak dengan beberapa anggota penguatkuasa MPK, 13 Disember 2017. — Video ihsan Facebook/MediakuKUALA LUMPUR, 25 Jan — Empat anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan disiasat susulan insiden pertikaman lidah dengan seorang lelaki bulan lalu.

Penguatkuasa itu dipanggil dalam masa terdekat selepas video kekecohan mereka di Jalan Sentosa 33, Klang menular semalam, lapor Harian Metro.

“Kita tidak akan bertindak secara membuta tuli seperti apa yang dihebahkan di media sosial,” kata pengarah komunikasi korporat MPK Norfiza Mahfiz.

Dalam rakaman hampir tiga minit, lelaki berbaju putih itu berang selepas disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat salah pada 13 Disember lalu.

Lelaki berusia 50-an itu dilaporkan memohon maaf kerana meninggikan suara, dan mengeluarkan kata kesat, kepada anggota penguatkuasa tersebut.

Lagi Video di MMOTV