projekmmoBerita

Pejabat exco Pulau Pinang diserbu SPRM, rampas dokumen

Pegawai SPRM merampas beberapa dokumen selepas menyoal siasat exco Pulau Pinang Phee Boon Poh. — Foto oleh Opalyn Mok Pegawai SPRM merampas beberapa dokumen selepas menyoal siasat exco Pulau Pinang Phee Boon Poh. — Foto oleh Opalyn Mok

GEORGE TOWN, 11 Ogos — Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Mereka tiba sekitar jam 11.30 pagi dan menyoal siasat exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar itu selama sejam serta merampas beberapa dokumen.

“Kami cuma tanya soalan tentang kes, tunggu kenyataan rasmi kami,” kata seorang pegawai kepada pemberita di luar pejabat exco di Komtar hari ini.

SPRM dipercayai menyiasat kes berkaitan sebuah kilang serbuk papan di Bukit Mertajam yang disyaki melanggar peraturan alam sekitar.

Suruhanjaya itu bersama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen menyerbu kilang tersebut semalam.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga diserbu pada hari sama.

Lagi Video di MMOTV