projekmmoBerita

Peguam negara tubuh panel pantau siasatan kes bos SPRM

Tan Sri Mohamed Apandi Ali kata pasukan petugas itu ditugaskan memantau rapi siasatan kes Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalin “hubungan sulit”. — Foto oleh Saw Siow FengTan Sri Mohamed Apandi Ali kata pasukan petugas itu ditugaskan memantau rapi siasatan kes Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalin “hubungan sulit”. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 19 Okt ― Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau rapi siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalin “hubungan sulit”.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pasukan petugas itu ditubuhkan pada 16 Okt.

“Memandangkan keseriusan tuduhan itu yang boleh menjejaskan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, AGC telah menubuhkan satu pasukan petugas pada 16 Okt 2017 untuk memantau rapi siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan, “ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata ini susulan siasatan yang sedang dijalankan polis berhubung beberapa laporan dibuat terhadap ketua pesuruhjaya itu.

Mohamed Apandi berkata, sehubungan itu, AGC turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat atau mengeluarkan sebarang komen yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Mohamed Apandi berkata selaras dengan amalan baik dasar pendakwaan ketika ini, AGC juga akan memastikan para penyiasat tidak akan bertindak tidak menggalakkan pemberi maklumat atau saksi kompeten tampil untuk membantu siasatan, supaya kebenaran didedahkan.

"AGC ingin memberi jaminan kepada orang awam bahawa Peguam negara, dalam kapasiti beliau sebagai Pendakwa Raya seperti diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, perlu melaksanakan budi bicara beliau berhubung perkara ini, sepertimana dalam perkara-perkara lain, secara adil dan mengikut undang-undang, sama ada undang-undang prosedur atau substantif. AGC berpegang teguh untuk mendukung keadilan dan Kedaulatan Undang-Undang,” katanya. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV