projekmmoBerita

PBDS: Hormat maskot babi, lambang penyatu Dayak

Bobby sedih kerana ada sesetengah pihak menganggap gambar babi menyinggung sensitiviti kaum lain. — Foto ihsan Facebook/BobyBobby sedih kerana ada sesetengah pihak menganggap gambar babi menyinggung sensitiviti kaum lain. — Foto ihsan Facebook/BobySRI AMAN, 6 Feb — Ketua Penerangan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) Bobby William hari ini menjelaskan bahawa maskot parti untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menonjolkan gambar babi dan menerima kritikan pelbagai pihak, sebenarnya membawa erti dan impak mendalam dari segi adat resam masyarakat Dayak.

Beliau sedih kerana ada sesetengah pihak menganggap gambar babi menyinggung sensitiviti kaum lain.

“Babi adalah lambang penyatuan pelbagai suku etnik Dayak di negeri Sarawak,” katanya mengimbau kembali Perdamaian Kapit, yang merujuk kepada upacara “besapu mua, bepalit mata” di Kubu Sylvia semasa Perdamaian Kapit pada tahun 1924 yang menjadi sejarah penyatuan masyarakat Dayak di negeri ini dan menandakan berakhirnya tradisi ‘ngayau” (penggal kepala).

“Kita harus ingat jasa Temenggong Koh Anak Jubang dan yang lain dalam menyatukan masyarakat Dayak,” jelas beliau.

Beliau berkata dalam kepercayaan masyarakat Dayak, babi adalah “perantaraan” dengan Petara (Pencipta). Antaranyanya adalah upacara “Nenong Ati Babi”, “Mandi Darah Babi”, “Niki ka Bangkai” dan pelbagai adat resam dan pantang larang.

Oleh itu, beliau berharap semua pihak dapat menghormati dan memahami adat resam kaum Dayak dan menerima baik gambar babi dalam maskot parti itu. — Bernama

Lagi Video di MMOTV