projekmmoBerita

PAS tapis calon ‘harumanis’, masih ada pro-Amanah

'Harumanis', sejenis mempelam, dijadikan sindiran kepada mereka yang pro-Amanah tetapi masih kekal dalam PAS. ― Foto ihsan Facebook/Mangga Harumanis 'Harumanis', sejenis mempelam, dijadikan sindiran kepada mereka yang pro-Amanah tetapi masih kekal dalam PAS. ― Foto ihsan Facebook/Mangga Harumanis KUALA LUMPUR, 8 Feb — PAS amat berhati-hati memilih calon pilihan raya dengan menapis individu yang dilihat menyokong Parti Amanah Negara (Amanah).

Majlis Syura Ulama dapat menghidu calon “harumanis” yang dicadang negeri dan memberi notis amaran kepada mereka, lapor Berita Harian.

“Individu ini tidak ditolak tetapi kita minta perhatian daripada kepemimpinan negeri,” kata mursyidul am Hashim Jasin kepada akhbar itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kami menerima calon harumanis bawah (kurang) lima orang.”

Harumanis, sejenis varieti mempelam yang popular di Perlis, mempunyai isi yang jingga, warna rasmi Amanah, walau kulitnya hijau pekat, warna PAS.

Ia dijadikan sindiran kepada mereka yang pro-Amanah yang masih kekal dalam PAS walau mempunyai kecenderungan politik seumpama parti serpihannya.

Dalam saringan bulan lalu, pesuruhjaya dan setiausaha PAS negeri dipanggil untuk memberikan maklumat tambahan setiap calon yang mereka cadangkan.

Hashim berkata keseluruhannya beliau berpuas hati dengan calon-calon PAS yang dijangka bertanding di 130 kerusi parlimen pada pilihan raya umum.

Lagi Video di MMOTV