projekmmoBerita

PAS hilang 5,000 jawatan di Selangor, PKR hilang 45 di Kelantan

Sebanyak 5,000 ahli PAS yang memegang jawatan lantikan politik di Selangor mengalami risiko kehilangan jawatan mereka selepas kerjasama dengan PKR berakhir. — Foto oleh Yusof Mat IsaSebanyak 5,000 ahli PAS yang memegang jawatan lantikan politik di Selangor mengalami risiko kehilangan jawatan mereka selepas kerjasama dengan PKR berakhir. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 19 Mei — PAS dijangka hilang 5,000 jawatan lantikan politik di Selangor berbanding PKR hilang 45 jawatan di Kelantan.

Kehilangan itu berlaku jika ahli kedua-dua parti di dua negeri itu meletak jawatan atau disingkir, lapor Sinar Harian yang memetik Oriental Daily.

Ketika ini, ahli PAS memegang jawatan, antaranya ketua kampung, ahli jawatankuasa masjid, ahli majlis perbandaran dan daerah.

Seramai 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipegang ahli PKR.

"Tidak ada seorang pun ahli PKR dilantik sebagai ketua kampung di Kelantan. Sebenarnya selepas PRU13, PKR tak dapat sebarang faedah hasil kerjasama antara PKR dan PAS," kata sumber itu.

Dikatakan, sekurang-kurangnya ada 500 jawatan ketua kampung di Kelantan.

Kerjasama politik berakhir 11 Mei lalu berikutan Majlis Syura Ulama PAS memutuskannya dengan dakwaan wujud pelanggaran syarat walaupun dinafikan PKR.

Lagi Video di MMOTV