projekmmoBerita

PAS: Dilucut gelaran Datuk, balasan langgar baiah

Darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang dianugerah kepada Husam Musa ditarik balik oleh Istana Kelantan. — Foto oleh Saw Siow FengDarjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang dianugerah kepada Husam Musa ditarik balik oleh Istana Kelantan. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 9 Feb — Pemimpin melanggar baiah PAS akan ditimpa kepayahan, misalnya darjah kebesaran dilucutkan, kata Majlis Syura Ulama.

“Tidak akan ada yang selamat kerana melanggar baiah. Sehari dua ini kita lihat ada individu yang dilucutkan gelaran dan pangkat mereka.

“Allah telah menyusun laknat kepada mereka yang langgar baiah,” kata setiausaha majlis Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh kepada Sinar Harian

“Bukan kita yang jatuhkan hukuman kepada mereka tetapi janji Allah itu pasti.”

Selasa lalu, Istana Kelantan menarik gelaran Datuk daripada naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa, bekas pemimpin kanan PAS.

Pengerusi Amanah negeri Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang bekas ahli strategi PAS berpengalaman, juga mengalami nasib yang sama.

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) yang dianugerahkan kepada pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad turut dibatalkan.

Calon-calon PAS diwajibkan melafaz sumpah baiah, termasuk talak isteri, menjelang pilihan raya agar mereka tidak bertukar parti.

Nik Muhammad juga dilaporkan berkata pendapatan “yang diterima oleh individu bergelar wakil rakyat adalah haram apabila mereka melanggar baiah” PAS.

“Mereka perlu tahu penyokong PAS tidak akan menghalalkannya kerana sokongan dan undi yang diterima itu adalah daripada pengundi atau ahli PAS...,” katanya.

Beliau juga menafikan baiah itu langkah “ekstrem” dengan hujah amalan itu pernah dilakukan pada zaman Rasulullah. 

Lagi Video di MMOTV