projekmmoBerita

Pakatan saran kad RM100 sebulan untuk pengguna MRT

Jumlah pengguna MRT dan LRT menurun selepas tempoh promosi dengan 50 peratus potongan tambang pada Ogos lalu. ― Foto oleh Yusof Mat Isa Jumlah pengguna MRT dan LRT menurun selepas tempoh promosi dengan 50 peratus potongan tambang pada Ogos lalu. ― Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Harapan bercadang memberi kad perjalanan RM100 setiap bulan untuk pengangkutan awam jika ia berjaya membentuk kerajaan.

Pemimpin DAP Ong Kian Ming membuat cadangan itu bagi mengatasi masalah kurangnya pengguna LRT dan MRT, khususnya selepas tempoh percuma tamat Ogos.

Memetik perangkaan Kementerian Pengangkutan, ahli parlimen itu berkata pengguna harian MRT memuncak kepada 135,112 apabila ada 50 peratus diskaun.

Namun apabila kempen potongan harga itu tamat, pengguna hariannya hanya 103,345, jauh daripada jumlah yang disasarkan 150,000 orang.

“Penurunan jumlah pengguna harian LRT dan MRT menunjukkan penumpang sangat sensitif pada harga,” kata Ong, timbalan pengarah pendidikan politik DAP. 

Untuk itu, tambahnya, PH mencadangkan pas bulanan bernilai RM100 seperti dinyatakan dalam bajet alternatif gabungan pembangkang tahun lalu.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Lagi Video di MMOTV