projekmmoBerita

Nombor plat PNG1 dibida RM350,000, tertinggi di Pulau Pinang

Nombor pendaftaran kenderaan PNG1 mendapat bidaan RM350,000, tertinggi pernah direkodkan di Pulau Pinang.  — Foto oleh Choo Choy MayNombor pendaftaran kenderaan PNG1 mendapat bidaan RM350,000, tertinggi pernah direkodkan di Pulau Pinang. — Foto oleh Choo Choy MayGEORGE TOWN, 30 Nov — Nombor pendaftaran kenderaan baharu PNG di Pulau Pinang mendapat sambutan mengalakkan dengan bidaan tertinggi RM350,000 untuk nombor PNG1.

Ketua bahagian penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Zulkarnain Yasin berkata nombor plat berkenaan menjadi milik ketua pegawai eksekutif syarikat pemaju hartanah terkemuka negara Datuk M. Murly.

“Jumlah keseluruhan bagi permohonan bidaan PNG ialah RM1.9 juta membabitkan 738 pemohon yang berjaya.

“Bagi bidaan PNG1 pula, ia adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negeri ini mengatasi nilai paling tinggi sebelum ini iaitu RM173,800 bagi nombor PNB1,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, PNG5 dan PNG9 menerima bidaan kedua dan ketiga tertinggi dengan masing-masing bernilai RM95,000 dan RM91,500.

Katanya tempahan siri PNG dibuka pada 30 Oktober lalu sehingga 13 November lepas dan menerima permohonan tertinggi iaitu sebanyak 1,554 pemohonan.

“Pemohon boleh melihat keputusan bidaan nombor plat PNG yang mula ditampal di papan kenyataan Pejabat JPJ Pulau Pinang bermula hari ini,” katanya. —  Bernama

Lagi Video di MMOTV