projekmmoBerita

Nama kumpulan popular Raihan dipahat di hotel Bangkok

Al Meroz, hotel pertama bercirikan Islam di Bangkok, dilancarkan awal minggu ini. Nama Raihan diabadikan di satu bilik seminar di sini. ― Foto ihsan Al Meroz HotelAl Meroz, hotel pertama bercirikan Islam di Bangkok, dilancarkan awal minggu ini. Nama Raihan diabadikan di satu bilik seminar di sini. ― Foto ihsan Al Meroz HotelKUALA LUMPUR, 17 Feb ― Kumpulan nasyid popular Raihan terharu dengan penghargaan sebuah hotel di Bangkok yang menggunakan nama mereka bagi sebuah bilik seminar.

Raihan memenuhi undangan persembahan bagi melancarkan Al Meroz, hotel pertama bercirikan Islam di ibu kota Thailand, awal minggu ini, lapor Harian Metro.

“Syukur kami diterima baik di sini. Mac nanti kami ke sini lagi untuk majlis sambutan Maulidur Rasul pula,” kata Che Am Idris, anggota kumpulan nasyid itu, yang berpengalaman lebih dua dekad.

“Kami juga terharu apabila isteri pemilik Hotel Al Meroz beriya-iya menamakan bilik seminar dengan nama Raihan. Kami kenal mereka sejak Raihan masuk ke Thailand pada tahun 2000.”

Mencetuskan fenomena pada 1996 selepas album pertama Puji-Pujian dijual melebihi 700,000 unit, kumpulan itu masih bertahan sehingga kini walau tidak serancak dulu.

Selain Che Amran, 48, Raihan kini dianggotai Abu Bakar Mohd Yatim, 47, dan Amran Ibrahim, 46. Ia juga mendapat undangan di negara sempadan seperti Festival Bangkok Halal 2017.

Lagi Video di MMOTV