projekmmoBerita

Najis bersepah, pasar raya jual makanan digigit tikus

Notis penutupan premis dikenakan terhadap sebuah pasar raya tempatan di Lipis, Pahang, 4 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Pahang Darul MakmurNotis penutupan premis dikenakan terhadap sebuah pasar raya tempatan di Lipis, Pahang, 4 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Pahang Darul Makmur

KUANTAN, 5 Dis — Sebuah pasar raya tempatan di Kuala Lipis ditutup setelah didapati kotor dengan najis tikus dan menjual makanan yang digigit haiwan itu.

Ia ditutup seminggu mulai semalam setelah najis makhluk perosak itu bersepah-sepah di pasar raya itu, yang kerap menawar harga rendah, lapor Utusan Online

Pengarah kesihatan Pahang Dr Sha’ari Ngadiman berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja pembersihan najis tikus.

Lagi Video di MMOTV