projekmmoBerita

Najib: Mahathirlah pemimpin ‘Melayu mudah lupa’

Datuk Seri Najib Razak mengibarkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno, 7 Disember 2017. ― Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak mengibarkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno, 7 Disember 2017. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 7 Dis ― Tun Dr Mahathir Mohamadlah pemimpin “Melayu mudah lupa” walau ia asalnya ditujukan kepada orang lain di persidangan Umno tahun 2001.

"Jelasnya 'Melayu mudah lupa' itu merujuk kepada dirinya sendiri kerana orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, insya-Allah tidak sesekali menjadi Melayu Mudah Lupa seperti mereka," kata kata presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Berucap di Perhimpunan Agung Umno hari ini, Najib juga menyifatkan bekas perdana menteri "tergamak bersubahat" dengan musuh politik "demi tembolok"

“Di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa 'Melayu mudah lupa', namun pada kita 'this man has crossed the line' apabila tergamak bersubahat dan bersekutu dengan musuh politik dan musuh prinsip beliau selama puluhan tahun.

"Hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata," katanya. 

"Sememangnya pepatah lama sudah menyebut mana mungkin minyak dan air bersatu."

Lagi Video di MMOTV