projekmmoBerita

Najib saman Pua, dakwa ‘konspirasi dengan PAS’ isu RUU 355

Datuk Seri Najib Razak menyaman Tony Pua berhubung ulasannya isu RUU 355 yang dipercepatkan berbanding pindaan akta-akta lain di Dewan Rakyat. — Foto oleh ReutersDatuk Seri Najib Razak menyaman Tony Pua berhubung ulasannya isu RUU 355 yang dipercepatkan berbanding pindaan akta-akta lain di Dewan Rakyat. — Foto oleh ReutersKUALA LUMPUR, 21 April — Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap seorang pemimpin DAP yang mendakwa perdana menteri lebih mengutamakan RUU 355.

Tindakan itu dibuat berhubung kenyataan Tony Pua yang mengulas usul pindaan Akta 355 yang didahulukan berbanding akta-akta lain di Dewan Rakyat, lapor Berita Harian.

Dalam tuntutannya, Najib berkata kenyataan itu seolah-olah mendakwa beliau “menyalahgunakan kuasa” dengan mengarah speaker mendahulukan rang undang-undang (RUU) itu, yang dibawa PAS, dengan mengetepikan RUU akta-akta lain.

Menurutnya lagi, ia bermaksud beliau tidak menghiraukan amalan pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS bagi memecah undi Melayu dalam pembangkang.

Kenyataan Pua juga seolah-olah mendakwa beliau melakukan jenayah dengan merompak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menyalahguna kuasa, tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan itu.

Oleh itu, Najib yang bertindak atas kapisiti peribadi menyifatkan kenyataan Pua yang disiar secara langsung melalui Facebook sebagai “fitnah” berdasarkan Seksyen 5 Akta Fitnah.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Lagi Video di MMOTV