projekmmoBerita

Najib balas pantun Anwar: Lawan macam anak jantan

Anggota Wanita Umno, dengan tudung merah, mendengar ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, 7 Disember 2017. — Foto ReutersAnggota Wanita Umno, dengan tudung merah, mendengar ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, 7 Disember 2017. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 7 Dis ― Datuk Seri Najib Razak membalas pantun Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lawatan beliau di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berucap di perhimpunan agung, presiden Umno berkata lawatan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat "atas kenalan lama" namun diperli.

"Tapi, keikhlasan kami itu, tampaknya diperli, dipantun pulak. Ini jawapannya saudara Anwar... dengar ya," katanya, sambil membacakan pantunnya itu.

Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih. pic.twitter.com/Ic6ItWmeok

Pantunnya berbunyi:

Burung merpati terbang sekawan,

Hinggap seekor di atas dahan;

Kita sahut 'lawan tetap lawan',

Di pilihan raya bertarunglah seperti anak jantan

Ketua umum PKR, yang menjalani pembedahan di bahu di hopsital tersebut, di Twitternya pada 17 November lalu memuat naik pantun:

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Ziarah kami antara nampak,

Esok pilihan raya lawan tetap lawan

Lagi Video di MMOTV