projekmmoBerita

Nahas tiga kereta dan satu treler, tiga terbunuh

Nahas tiga kereta dan satu treler berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong. — Foto ihsan Facebook/Gerik Fan ClubNahas tiga kereta dan satu treler berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong. — Foto ihsan Facebook/Gerik Fan ClubLENGGONG, 10 Dis — Tiga maut dan beberapa lagi cedera dalam nahas membabitkan tiga kereta dan sebuah treler.

Kejadian berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, jam 11 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Balai bomba dan penyelamat Lenggong menerima panggilan kecemasan jam 11.13 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat dipercayai masih dijalankan dan kami belum menerima sebarang maklumat lanjut dari komander operasi disebabkan masalah talian komunikasi,” kata jurucakap balai itu.

Lagi Video di MMOTV