projekmmoBerita

Nafi guru lemah, menteri yakin KBAT perlukan masa

Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya kemahiran berfikir dan komunikasi murid dalam KBAT lebih baik dua atau tiga tahun lagi. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Mahdzir Khalid percaya kemahiran berfikir dan komunikasi murid dalam KBAT lebih baik dua atau tiga tahun lagi. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 13 Nov ― Pendekatan baru pendidikan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dijanga baik pada masa depan, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri pendidikan menjelaskan tidak mungkin kemahiran berfikir dan komunikasi murid dicapai dalam satu atau dua hari, lapor Berita Harian.

“Saya jangka proses ini akan menjadi lebih baik dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang,” kata Mahdzir, mengulas kontroversi KBAT baru-baru ini.

Timbalannya Datuk P Kamalanathan dituduh mendakwa guru antara punca utama kelemahan KBAT tetapi Mahdzir berkata kenyataan tersebut disalahertikan.

Kira-kira 40.07 peratus sekolah dinilai berada dalam amalan KBAT tahap baik dan cemerlang, manakala 59.93 peratus lagi di bawah tahap baik dan cemerlang.

Untuk mengatasi kelemahan itu, Program Peningkatan Sekolah (SIP+) dan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) diadakan.

Mahdzir menjelaskan KBAT turut menekankan latihan kepada guru, selain konsep Bilik Darjah Abad ke-21 yang menggunakan pelbagai teknologi terkini. 

Lagi Video di MMOTV