projekmmoBerita

Muka peragut terdedah, tidak sedar telefon rakam ‘live’

Muka pemuda yang meragut telefon di Taman Medan Idaman, Kuala Lumpur kelihatan jelas melalui rakaman langsung di Facebook. ― Foto ihsan Facebook/Info Road Block JPJ Polis Muka pemuda yang meragut telefon di Taman Medan Idaman, Kuala Lumpur kelihatan jelas melalui rakaman langsung di Facebook. ― Foto ihsan Facebook/Info Road Block JPJ Polis KUALA LUMPUR, 3 Sept ― Ketika umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk solat Aidiladha, dua pemuda ini mengambil kesempatan meragut telefon pula. 

Namun muka peragut yang membonceng motosikal itu jelas terpampang melalui siaran langsung Facebook di telefon tersebut, lapor Harian Metro semalam. 

Mangsa, dipercayai lelaki warga Arab, yang berjalan kaki membuat rakaman suasana pagi Aidiladha dekat masjid Taman Medan Idaman, Jalan Gombak di sini.

Tanpa menyedari insiden itu dirakam, selepas meragut, pembonceng menoleh ke belakang dengan mencabar “kejarlah kalau berani.”

Kemudian mereka berdua memandang ke arah telefon pintar itu dan penunggangnya baru menyedari: “Facebook [live] ini bodoh... Facebook ini!”

Rakaman video selama 77 saat itu yang menular di Facebook sejak lewat malam Jumaat lalu ditonton puluhan ribu pengguna media sosial itu.

Setakat semalam, ketua polis daerah Wangsa Maju memaklumkan kepada akhbar itu bahawa polis belum menerima aduan berhubung kes itu.

“Berdasarkan maklumat awal, identiti mangsa dipercayai lelaki warga Arab,” kata Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif.  

“Tapi, sehingga ini masih belum ada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, kami akan mengesan lelaki bermotosikal yang dirakam telefon pintar itu.”

Lagi Video di MMOTV