projekmmoBerita

Pemikir selebriti pro-Muslim dibaling pai ketika berucap

Bernard-Henri Levy ketika berforum di Paris pada 5 Mei 2017 berhubung isu berkecuali dalam pilihan raya presiden Perancis. — Foto AFPBernard-Henri Levy ketika berforum di Paris pada 5 Mei 2017 berhubung isu berkecuali dalam pilihan raya presiden Perancis. — Foto AFPBELGRADE, 11 Mei — Seorang pemikir terkenal Perancis dibaling pai oleh aktivis komunis Serbia kerana membela umat Islam Bosnia ketika perang awal 1990-an.

Muka ahli falsafah Bernard-Henri Levy terkena pai semalam ketika berucap di majlis tayangan filemnya “Peshmerga” di sini, lapor AFP.

Aktivis SKOJ marah tokoh itu dengan melabelnya “pembunuh” dan menjerit “tinggalkan Belgrade!” ketika tayangan filem kisah Kurd melawan pengganas ISIS.

Kira-kira 25 tahun lalu, Levy mengecam keras sikap Serbia yang mengepung Sarajevo dan beliau dianggap paling lantang menentang diktator Slobodan Milosevic.

“Lelaki ini menggalakkan Yugoslavia dibom lapan tahun sebelum [tentera] Nato menyerang” Serbia pada 1999, jerit kumpulan aktivis tersebut.

Levy hanya memberi reaksi “hidup demokrasi di Belgrade” kepada kumpulan tersebut, lapor AFP yang memetik agensi berita negara itu Tanjug.

Ramai warga Serbia marah pada Levy, dianggap pemikir selebriti keturunan Yahudi di Perancis yang berpengaruh, kerana menyokong Bosnia pada perang 1992-1995.

Dilahirkan di Algeria dalam keluarga berada pada 1948, Levy mengasaskan gerakan Ahli Falsafah Baru pada 1971 yang mengkritik aliran Marx dan sosialis.

Pada 1977, beliau menulis buku “Barbarism with a Human Face” dengan berhujah aliran Marxisme sememangnya korup.

Beliau membela hak bersuara susulan bantahan keras umat Islam dalam kontroversi kartun Nabi Muhammad yang disiarkan akhbar Jyllands-Posten pada 2005.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV