projekmmoBerita

Motor bergesel, remaja maut, putus kaki

Mayat penunggang motosikal yang terlibat kemalangan di Lebuhraya Plus dekat Seremban pagi tadi dihantar ke HTJ untuk dibedah siasat. — Paparan skrin GoogleMayat penunggang motosikal yang terlibat kemalangan di Lebuhraya Plus dekat Seremban pagi tadi dihantar ke HTJ untuk dibedah siasat. — Paparan skrin GoogleSEREMBAN, 12 Nov — Seorang penunggang motosikal maut dan putus kaki kanan dalam nahas di kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur Senawang.

Motosikal Muhamad Faizal Eddley, 22, bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika mangsa dalam perjalanan dari Serembah ke Senawang, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Seremban berkata Muhamad Faizal dikatakan hilang kawalan lalu terbabas merempuh penghadang jalan pagi tadi.

“Mangsa tercampak dan parah di kepala serta putus kaki kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata ACP Thiew Hock Poh.

Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lagi Video di MMOTV