projekmmoBerita

Misbun: Atur perlawanan ibarat jual maruah negara

Perbuatan mengatur perlawanan ibarat menjual maruah negara, kata Datuk Misbun Sidek. Perbuatan mengatur perlawanan ibarat menjual maruah negara, kata Datuk Misbun Sidek. KUALA LUMPUR, 15 Feb — Datuk Misbun Sidek mengibaratkan dakwaan mengatur perlawanan membabitkan dua pemain negara sebagai “menjual maruah negara”.

Legenda badminton negara berkata skandal yang didedahkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu tidak dapat diterima, “memalukan dan menjatuhkan maruah negara”, lapor Kosmo!.

“Apabila ia melibatkan pemain pada peringkat antarabangsa, secara tidak langsung ia menjual maruah negara,” kata jurulatih perseorangan negara.

“[...] Jika benda seperti ini terjadi ketika membawa nama Malaysia, ia seperti menjual maruah negara dan saya cukup pantang dengan perkara seperti ini.”

Dua pemain profesional negara yang didakwa terlibat digantung menyertai sebarang kejohanan dan bakal dibicara di Singapura hujung bulan ini.

Misbun turut memberi amaran keras kepada pemain bawah seliaannya agar tidak terlibat dan sedar keburukannya.

“Mereka juga perlu sedar bahawa mereka dibayar setiap bulan untuk bermain demi negara, bagi saya tidak ada sebarang kekurangan.

“Jika mereka tahu tanggungjawab sebenar, mereka tidak akan buat perkara ini,” katanya.

Lagi Video di MMOTV