projekmmoBerita

MIC: Larangan bertudung pekerja hotel satu diskriminasi

Dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan adalah tidak adil dan satu diskriminasi, kata MIC. ― Foto oleh Choo Choy MayDasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan adalah tidak adil dan satu diskriminasi, kata MIC. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 13 Nov — Dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan seperti yang diamalkan sesetengah rangkaian hotel di negara ini adalah tidak adil dan satu diskriminasi, kata Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia Samual Cheah Swee Hee dua hari lepas bahawa dasar itu diamalkan rangkaian hotel antarabangsa yang menggunakan prosedur operasi standard yang sama bagi pemakaian uniform di semua rangkaian hotel mereka di seluruh dunia.

Vell Paari dalam kenyataan hari ini berkata beliau pernah berkunjung ke pelbagai negara di seluruh dunia dan pernah melihat wanita Islam memakai tudung bekerja di hotel lima bintang dan perkara itu ‘tidak pernah menjadi isu”.

“Profesionalisme seseorang tidak terjejas hanya kerana seseorang itu memakai tudung bagi mematuhi tuntutan agamanya,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia dalam satu kenyataan berkata dasar itu secara jelas menafikan kebebasan mengamalkan agama dan terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

“Amalan bertudung bukan suatu amalan yang asing hatta di peringkat antarabangsa yang meraikan perkembangan para tokoh serta profesional wanita Muslim dalam pelbagai lapangan.

“Jangan sampai polemik ini menjejaskan nama baik negara serta industri pelancongan yang amat penting dengan perkembangan sejagat,” menurutnya. — Bernama

Lagi Video di MMOTV