projekmmoBerita

MB mahu baiah talak tiga tapi akur Majlis Syura

Menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob percaya lafaz baiah talak tiga perlu untuk mengikat calon dan mengukuhkan jemaah PAS. — Foto oleh Yusof Mat IsaMenteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob percaya lafaz baiah talak tiga perlu untuk mengikat calon dan mengukuhkan jemaah PAS. — Foto oleh Yusof Mat IsaKOTA BARU, 12 Feb — Menteri besar Kelantan menganggap lafaz baiah talak tiga sebagai keperluan tetapi akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Datuk Ahmad Yakob berkata elemen talak tiga penting untuk mengikat calon dan mengukuh jemaah parti kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) amat mencabar, lapor Kosmo!.

Percaya lafaz itu perlu berdasarkan situasi semasa, beliau berkata perkara tersebut akan dibincang dalam Majlis Syura Ulama PAS sebelum dimuktamadkan.

“Setakat ini kita belum bincang secara terperinci (lafaz baiah cerai talak tiga). Kita akan rumus di peringkat Majlis Syura Ulama PAS dulu,” kata Ahmad, timbalan mursyidul am PAS.

“Apa-apa keputusan seterusnya akan dikemukakan kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat. Kita di peringkat negeri pula akan terima pakai apa sahaja diputuskan”.

Pada 10 Februari lalu, ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz Mohamed menjangka lafaz baiah talak tiga digugurkan kerana kedudukan parti semakin kukuh.

Lagi Video di MMOTV