projekmmoBerita

Marah isu video lucah, Eyka Farhana ke balai, SKMM

Memegang aduan polis, Eyka Farhana menafikan beliau wanita dalam video lucah yang menular di internet. — Foto ihsan Instagram/Eyka Farhana Memegang aduan polis, Eyka Farhana menafikan beliau wanita dalam video lucah yang menular di internet. — Foto ihsan Instagram/Eyka Farhana KUALA LUMPUR, 3 Okt — Pelakon muda Eyka Farhana membuat aduan polis agar individu yang mula menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengannya ditahan. 

Mencipta nama melalui filem Juvana 1 dan Juvana 2, beliau membuat aduan di balai polis Ampang Jumaat lalu, beberapa hari selepas menafikannya. 

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. 

“Saya masih waras dan belum lagi ‘gila’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini,” coretnya di Instagram minggu lalu.

 

 

💋

A post shared by 🕊 Eykafarhana 🕊 (@eykafarhana) on

 

Eyka, 22, juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar video itu boleh disekat, lapor Harian Metro

“SKMM hanya boleh memadam video terbabit daripada terus tular. Saya harapkan pemilik laman tumblr ... yang mula menyebarkan video itu ditahan,” katanya.

Beliau terkejut apabila rakan-rakannya bertanya mengenai video itu yang menunjukkan hubungan seks pasangan di atas ranjang.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain,” katanya kepada sebuah portal Rabu lepas.

Lagi Video di MMOTV