projekmmoBerita

Mangsa rogol kes samun diugut dengan pisau, kata polis

Wanita Indonesia yang dirogol dua lelaki dalam kes samun sebuah pusat judi, tampil membuat laporan polis. — Foto ihsan Facebook/Raymond TanWanita Indonesia yang dirogol dua lelaki dalam kes samun sebuah pusat judi, tampil membuat laporan polis. — Foto ihsan Facebook/Raymond TanSERDANG, 17 Mei — Wanita Indonesia yang dirogol bergilir-gilir dalam kes samun minggu lalu, membuat laporan polis.

“Berdasarkan laporan, wanita itu memaklumkan dia diugut oleh dua suspek menggunakan pisau sebelum disamun dan dirogol,” kata ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.

Ketua polis daerah Serdang itu berkata mangsa, 33, kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Seorang pekerja lelaki Bangladesh, 34, turut membuat aduan, jam 6 petang semalam.

Mereka bersembunyi kerana takut akibat kehilangan dokumen pengenalan diri.

11 Mei lalu, dua lelaki melakukan samun dan merogol juruwang di pusat judi Bandar Kinrara Puchong.

Ahad lalu, polis menahan seorang suspek 26 tahun manakala seorang lagi masih bebas.

Rakaman CCTV kejadian itu tular di media sosial sejak 12 Mei lalu.

Lagi Video di MMOTV