projekmmoBerita

Mana ada? PAS negeri tidak bahagi kerusi dengan PH

Datuk Khairuddin Aman Razali menolak laporan PAS negeri diberi lampu hijau untuk berunding dengan Pakatan Harapan. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Khairuddin Aman Razali menolak laporan PAS negeri diberi lampu hijau untuk berunding dengan Pakatan Harapan. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 12 Okt — PAS menolak dakwaan parti itu di peringkat negeri dibenarkan secara sendirian berunding kerusi dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua penerangan Dewan Ulama berkata keputusan terakhir jawatankuasa kerja PAS Pusat adalah parti itu bekerjasama dengan Gagasan Sejahtera.

“Tidak, itu tidak benar. Keputusan terbaru ialah PAS lawan BN (Barisan Nasional), lawan PH pada pilihan raya ke-14. Ini sudah ditekankan banyak kali.

“Kita sekarang memberi tumpuan untuk mengukuhkan Gagasan Sejahtera untuk lawan BN dan PH,” kata Datuk Khairuddin Aman Razali kepada Malay Mail Online.

Baru-baru ini pemimpin PAS dilapor membenarkan parti di peringkat negeri mengadakan perbincangan dengan parti-parti PH.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV