projekmmoBerita

Malaysia kecewa AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

Presidan AS Donald Trump mengiktraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru Israel. ― Foto ReutersPresidan AS Donald Trump mengiktraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru Israel. ― Foto ReutersKUALA LUMPUR, 8 Dis ― Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim melahirkan kekecewaan Malaysia kepada Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Dean Thompson terhadap keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ramlan bertemu Thompson di sini semalam atas permintaan Kedutaan untuk memaklumkan mengenai keputusan Presiden Donald Trump itu pada Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini semalam.

Semasa pertemuan itu, Ramlan berkata keputusan itu telah membakar sentimen umat Islam dan tidak menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau itu.

Ia juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel dan akan membangkitkan lagi naratif-naratif radikal.

Ramlan mengulangi bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik tersebut. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV