projekmmoBerita

Makin popular tapi anak Saleem mahu kekal jadi ‘Abang Bomba’ (VIDEO)

Nursyafiq Farhain A M Salim menjadi perhatian media sosial kerana memiliki suara nyanyian lunak seperti bapanya. — Foto ihsan Instagram/nursyafiqfarhainNursyafiq Farhain A M Salim menjadi perhatian media sosial kerana memiliki suara nyanyian lunak seperti bapanya. — Foto ihsan Instagram/nursyafiqfarhainMARANG, 23 Mac — Anak penyanyi 80-an Saleem semakin laris dengan menerima pelbagai undangan nyanyian selepas videonya bersuara lunak tular di media sosial.

Nursyafiq Farhain A M Salim, 23, bagaimanapun sayangkan kerjaya sebagai anggota bomba dan tidak serius menjadi penyanyi, lapor Harian Metro.

“Sejak video nyanyian menjadi tular di laman sosial, saya menerima banyak jemputan menyanyi di luar seperti kenduri kahwin dan peluang itu ibarat rezeki untuk mencari pendapatan sampingan.

“Saya bekerja mengikut syif seperti anggota lain dan saya hanya menyanyi apabila tidak bertugas. Setakat ini minat ini tidak mengganggu kerjaya saya.

“Lagipun saya sayangkan kerjaya sebagai anggota JBPM dan tidak terfikir untuk menceburi bidang nyanyian secara serius seperti ayah,” katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Johor.

Video Nursyafiq di aplikasi Smule menyanyikan lagu Mimpi Yang Pulang menjadi perhatian pengguna maya awal bulan lalu.

Beliau disifatkan sebagai “pelapis” Saleem kerana suara “99 peratus sama seperti bapanya.”

Lagi Video di MMOTV