projekmmoBerita

Mahfuz bersama PAS kerana takut langgar bai’ah, kata Mohd Amar

Mahfuz dilihat tidak mampu melompat menyertai Amanah kerana bimbangkan bai’ah yang sudah dimeterai, kata Mohd Amar. — Gambar failMahfuz dilihat tidak mampu melompat menyertai Amanah kerana bimbangkan bai’ah yang sudah dimeterai, kata Mohd Amar. — Gambar failKUALA LUMPUR, 17 April — Ahli parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar kini sudah hilang tempat bergantung dan hanya menunggu masa untuk dipecat, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Naib presiden PAS berkata Mahfuz masih kekal bersama parti Islam itu mungkin disebabkan takut melanggar baiah yang sudah dibuat sebelum ini. 

“Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tidak tahu ke mana dan mencari tempat untuk bergantung.

“Saya rasa dia ini takut dengan bai’ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat,” katanya kepada Sinar Harian.

Timbalan menteri besar Kelantan berkata jika Mahfuz tidak lantang mengkritik kepimpinan parti, ahli parlimen Pokok Sena itu mungkin mendapat perhatian PAS.

Katanya, berdasarkan situasi semasa, Mahfuz juga dilihat tidak mampu melompat menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana bimbangkan bai’ah yang sudah dimeterai. 

“Kalau beliau sertai Amanah, secara automatik beliau akan terkeluar daripada PAS.

“Sebab dalam perlembagaan parti jelas mengatakan jika ahli menyertai parti lain, akan dikeluarkan serta-merta,” beliau dilaporkan berkata. 

Lagi Video di MMOTV