projekmmoBerita

Lucah pada empat pelajar madrasah, bekas pengetua didakwa

Bekas pengetua madrasah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki. ― Foto ihsan Facebook/Polis Daerah TawauBekas pengetua madrasah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki. ― Foto ihsan Facebook/Polis Daerah TawauTAWAU, 7 Dis  ― Seorang bekas pengetua madrasah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki.

Tertuduh, 35 tahun, didakwa berbuat demikian terhadap mereka, usia 14 tahun dan 16 tahun, di sebuah rumah di sini pada Jun dan Ogos 2016. 

Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, lapor portal Harian Metro.

Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun jika disabitkan.

Majistret Ferhanshah Ferene menetapkan ikat jamin RM16,000. Tertuduh juga diarah melapor diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 Disember ini.

Lagi Video di MMOTV