projekmmoBerita

Line sudah Clear, warung dibuka esok dengan sirap percuma

Line Clear dan Restoran Yasmeen (kanan) diarah tutup mulai 8 malam 13 Mac 2017 setelah makhluk perosak dikesan di situ. — Foto oleh Opalyn MokLine Clear dan Restoran Yasmeen (kanan) diarah tutup mulai 8 malam 13 Mac 2017 setelah makhluk perosak dikesan di situ. — Foto oleh Opalyn MokGEORGE TOWN, 16 Mac — Warung nasi kandar Line Clear, yang diarah tutup dua minggu susulan tidak bersih, akan beroperasi semula seperti biasa esok.

Jabatan Kesihatan yang memeriksa premis itu pagi tadi berpuas hati dengan tahap pembersihan dan membenarkannya dibuka, lapor New Straits Times.

Membantu pakciknya, yang mengusahakan warung itu sejak 70 tahun lalu, Abdul Kader Jainul Abidin, 43, berkata ia akan dibuka seawal 6 pagi.

"Bagi meraikan pembukaan semula, kami akan menyediakan air sirap percuma kepada semua pelanggan," katanya kepada portal itu.

Isnin lalu, Line Clear bersama sebuah lagi kedai bersebelahannya Restoran Yasmeen dikenakan tindakan tutup selepas dicemari tikus dan lipas.

Sebuah lagi kedai mamak berdekatan Sup Hameed dikenakan denda RM1,000. 

Lagi Video di MMOTV