projekmmoBerita

Lima rentung dalam kebakaran empat rumah di Sg Petani

Anggota bomba sedang memadam kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi ini. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaAnggota bomba sedang memadam kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi ini. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaSUNGAI PETANI, 7 Nov — Lima rentung dan seorang cedera parah akibat melecur dalam kebakaran membabitkan empat rumah jenis kayu di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 4.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama jentera pertama, lima minit kemudian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan empat rumah berkeluasan 2.3 meter X 6.5 meter persegi telah musnah 90 peratus setiap rumah dan kita percaya seorang daripada mangsa (yang rentung) merupakan kanak-kanak berdasarkan saiz mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini.

Abdul Razak berkata seramai 14 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman api yang masih diteruskan setakat 8 pagi ini dengan dibantu 41 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Beliau berkata idenditi mangsa yang terlibat masih dalam proses dikenal pasti manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Lagi Video di MMOTV