projekmmoBerita

Lelaki tertembak di leher, maut di tepi motor

Mayat lelaki yang tertembak senapang patah sendiri terbaring di di Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai 8 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/IDKK Mayat lelaki yang tertembak senapang patah sendiri terbaring di di Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai 8 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/IDKK KOTA BHARU, 8 Dis ― Mayat seorang lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun ditemukan dengan kesan tembakan di sebelah kiri leher di Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata mayat mangsa dipercayai bukan warga Malaysia itu ditemui terbaring di tanah oleh seorang penduduk sebelum 8 pagi ini.

“Mangsa dipercayai tertembak diri sendiri ketika turun dari bukit dengan menaiki motosikal apabila senapang yang dibawanya terhempas ke tanah,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan di tempat kejadian menemui sepucuk senapang patah dan beberapa butir peluru di dalam sebuah beg dan poket seluar mangsa.

Beliau berkata mayat  dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV