projekmmoBerita

Lelaki ‘popular’ lagak ‘alim’ dituduh cabul gadis di flat

Seorang wanita ke Masjid Wilayah Persekutuan (foto) sebaik tiba di Kuala Lumpur pada 24 Julai sebelum dicabul di sebuah flat di Sentul. — Paparan skrin Google Seorang wanita ke Masjid Wilayah Persekutuan (foto) sebaik tiba di Kuala Lumpur pada 24 Julai sebelum dicabul di sebuah flat di Sentul. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Seorang lelaki yang dikenali alim di kalangan orang kenamaan dan artis ditahan selepas disyaki mencabul gadis baru-baru ini.

Foto dan video lelaki Asia Barat itu, yang dikenali “pengamal perubatan” alternatif, menular di media sosial selepas insiden itu, lapor Harian Metro

Suspek yang didakwa mampu mengubat penyakit dilaporkan sering hadir di majlis agama dengan gaya pendakwah yang berjubah dan berserban. 

Lelaki itu ditahan sekumpulan individu berdekatan Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada 3 Ogos sebelum diserahkan kepada polis. 

Polis mengesahkan lelaki itu direman sehingga semalam bagi membantu siasatan kes mencabul wanita berusia 20-an di Sentul bulan lepas. 

Kes itu disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan wanita itu dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz tetapi lelaki itu membawa ke sebuah flat sebelum dicabul.

Mangsa yang berkenalan dengannya melalui Facebook sejak 15 Julai lalu ke sini dari Pulau Pinang untuk bertemu suspek pada 24 Julai.

Wanita itu pada mulanya pergi ke masjid berkenaan apabila dijanjikan sedemikian tetapi dibawa ke flat tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Menurut Sinar Harian lagi, mangsa diminta duduk di sebelah lelaki itu sebelum memeluknya. 

Wanita itu yang terkejut menolaknya, lalu bersembunyi di bilik rumah tersebut. Mangsa mengunci pintu sehingga jam 6.30 pagi sebelum pulang ke Pulau Pinang.

Akhbar yang sama melaporkan suspek mempunyai rekod jenayah, termasuk mencabul dan merompak.

Lagi Video di MMOTV