projekmmoBerita

Lelaki OKU guna wang JKM beli dadah

Polis Pendang menahan 20 penagih dadah termasuk seorang lelaki OKU dalam serbuan di Kampung Paya Kerchut. — Paparan skrin GooglePolis Pendang menahan 20 penagih dadah termasuk seorang lelaki OKU dalam serbuan di Kampung Paya Kerchut. — Paparan skrin GooglePENDANG, 12 Feb — Seorang lelaki tempang mengakui menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli dadah.

Orang kelainan upaya (OKU) itu, kerap keluar masuk pusat pemulihan, antara 20 penagih yang ditahan di kebun kelapa sawit di Kampung Paya Kerchut di sini.

“Saya selalu datang ke sini menunggang motosikal untuk beli dadah walaupun keadaan saya yang tempang sebelah kaki,” katanya, lapor Harian Metro.

“Tetapi disebabkan ketagih, saya datang ke sini juga”.

Ketua polis daerah Pendang berkata semua penagih, usia 19 hingga 56 tahun, ditahan dalam operasi petang semalam.

DSP Fadzil Hashim berkata semua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine, ditahan untuk siasatan lanjut.

Lagi Video di MMOTV