projekmmoBerita

Lelaki lain tangkap ular, isteri pula dipukul

Polis Kulim menahan seorang lelaki yang memukul isterinya gara-gara mengesyaki wanita itu curang padanya. — Paparan skrin Google Polis Kulim menahan seorang lelaki yang memukul isterinya gara-gara mengesyaki wanita itu curang padanya. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 14 Nov — Ada lelaki lain menolong menangkap ular di rumahnya tetapi isterinya dibelasah kerana syak mangsa bermain kayu tiga. 

Suspek, usia 30-an, menampar dan menendang wanita tersebut selepas bertengkar kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu lalu, lapor Harian Metro

Akibat kejadian di rumah mereka di Kampung Batu Putih, Karangan di Kulim, mangsa yang lebam di badan membuat aduan di balai polis Sungai Kob.

“[Polis] kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” kata ketua polis Kulim.

Supt. Ahmad Nasir menjelaskan kes itu disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Lagi Video di MMOTV