projekmmoBerita

Lelaki didenda RM1,000, tawar seks kepada polis

Tertuduh menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di hadapan sebuah bank di Jalan Bukit Bintang pada 11.40 malam 18 Sept 2017. — Paparan skrin GoogleTertuduh menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di hadapan sebuah bank di Jalan Bukit Bintang pada 11.40 malam 18 Sept 2017. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 20 Sept — Seorang lelaki berpakaian seperti wanita didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis dua hari lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap Aliman Kutting, 31, yang berambut separas bahu dan mengenakan pakaian berwarna merah jambu selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap tuduhan. Dia membayar denda itu.

Aliman dituduh menawarkan perkhidmatan seks bagi tujuan pelacuran kepada Lans Korporal Muhammad Hazriman Ismail di depan Maybank, Jalan Bukit Bintang, di sini pada 11.40 malam 18 September.

Dia dituduh mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwan dikendalikan ASP Nom Phot Prackdit, manakala Aliman tidak diwakili peguam. — Bernama

Lagi Video di MMOTV