projekmmoBerita

Lelaki bunuh bapa, syak ada hubungan intim dengan isteri

Seorang bapa mati selepas ditikam dan ditetaknya oleh anaknya kira-kira jam 3 pagi tadi di rumah ini (kanan), dekat Tawau, Sabah. — Foto ihsan Facebook/Friends of BorneoSeorang bapa mati selepas ditikam dan ditetaknya oleh anaknya kira-kira jam 3 pagi tadi di rumah ini (kanan), dekat Tawau, Sabah. — Foto ihsan Facebook/Friends of BorneoTAWAU, 18 Mei — Syak bapanya ada hubungan intim dengan isterinya, seorang anak yang dipercayai dalam pengaruh dadah membunuh lelaki tersebut.

Anaknya, 27 tahun, menikam leher Ali Nordin, 56, menggunakan pisau dan menetak kepalanya dengan parang sebelum suspek menikam perut sendiri.

“Kejadian dipercayai berikutan suspek mengesyaki bapanya [mangsa] mempunyai hubungan intim dengan isterinya,” kata satu sumber kepada Harian Metro.

Berita Harian bagaimanapun tidak menyebut motif tersebut dalam kejadian di sebuah kampung di Batu 15, Jalan Apas, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

“Motif kejadian adalah akibat perselisihan faham dan suspek juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian,” kata ketua polis Tawau.

ACP Fadil Marsus juga berkata suspek yang mengalami pendarahan teruk akan direman untuk siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis merampas parang 70cm, pisau 25cm, telefon bimbit dan botol minuman berkabonat. 

Lagi Video di MMOTV