projekmmo: Berita
Lelaki bisik kata lucah, buat muka miang dalam LRT ditahan
Kongsi artikel ini
Penumpang diingatkan sentiasa waspada sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan dan segera mendapatkan bantuan. — Foto oleh Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Seorang lelaki yang didakwa mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.
“Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian diguna untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.
“Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.
Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.
Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.
“Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.
“Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.
Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel. — Bernama
Kongsi artikel ini
Artikel-artikel Berkaitan
- Wanita jatuh landasan LRT, tren berhenti mendadak
- Pregnant woman causes scare, but survives fall on LRT tracks
- Polis siasat kes lelaki beri isyarat lucah, buang bendera BN
- Menteri: JPN siasat, pelajar minum ketum tidak terlepas
- Tiga pelajar perempuan teguk air ketum, penjual diburu
- Remaja terpukau, ‘orang minyak’ cekik ketika sidai kain
- Clocking in when KL sleeps
- Gaduh rebut perempuan, tiga pelajar direman empat hari
- Bikin treler ‘Avengers’, pengarah gelar pelajar ‘genius’
- Boleh tegur saya tetapi jangan melucah, kata Fatiya